Tabung 5F

Memaparkan Dairy Keluarga 5F

Selasa, 4 Mac 2014

Blog 4fn1mf-Family Dah Sihat.

Rasa sangat-sangat gembira bila pagi-pagi buka url blog kesayangan ibu
sudah pulih seperti sedia kala.
Tak terucap dengan kata-kata.
Rasa amat-amat bersyukur.....Terlalu banyak kenangan
catatan family ibu.
Maklumlah dah 5 tahun ibu buat catatan di sini....
Rupanya blog ibu kena block oleh google kerana "sakit" diserang virus malware..
Itu pun di atas usaha seorang rakan ibu yang sangat mahir dalam bidang ICT, En Azad.
Maunya tak mahir, beliau pemegang degree dalam bidang ICT dari USM.....
Terima kasih banyak-banyak Azad kerana sudi membantu akak.
Juga tidak lupa pada Pn Bee yang juga sama-sama membantu ibu tanpa mengeluh.
TQSM dear...Beelah yang banyak membantu ibu dalam dunia blog.
Blog ibu yang cantik jelita ni pun hasil sentuhan Bee tanpa apa-apa imbuhan.

Juga terima kasih kepada rakan-rakan blog yang
tidak putus-putus bertandan ke blog "baru" ibu yang
sangat-sangat sempoi ni.
 Memberi ibu sokongan dan dorongan tanpa jemu.
Kalian rakan yang paling best in the world......

Hanya Allah yang mempu membalas budi kalian semua.....
So bolehlah kembali ke blog ibu di sana ye.

Isnin, 3 Mac 2014

Seharian Di Kuantan

Hujung minggu dihabiskan dengan aktiviti bersama keluarga setelah seminggu sibuk
dengan tugas-tugas di sekolah.
Awal pagi Jumaat kami bertolak ke Kuantan yang mengambil masa 3-4 jam.
Demi anak tersayang keletihan dan kepenatan tidak terasa.....

 Kuantan, kami datanggggg.....
Tiba di Kuantan kami terus jemput angah di UiTM dan terus ke ECM Kuantan.

 
 Sampai di ECM sesi isi perut dulu.
Kami makan kat Jonny's restaurant sebab kat situ pasti
5F tak banyak songeh.
Mungkin makanan kat situ boleh tahan sedap.....

Selesai mengisi perut macam biasalah 4F ni nak bershopping.
Hobi yang diwarisi daripada ibu.
 Bukan main seronok 4F bershopping dan Farouk jadi tukang bawa barang.....
Berpeluh ibu tengokkan mereka ni.
Angah beli kasut 2 pasang, Along pun nak kasut jugak.....aduyaiiii......


 Selesai JJCM dan shopping kami terus ke Telok Chempedak yang terletak lebih
kurang 24km dari kolej angah.
5F bersatu seketika.
Bahagia tengok gelagat mereka berlima.

4F.
Budak kecewa sebab tak boleh mandi.
Kebetulan masa kami sampai, angin sedang bertiup kuat dan air pasang.
Bendera "merah" tanda amaran bahaya dinaikkan.......

Melepaskan kekecewaan Farouk.....

Menyepat je Beby tempah gelang.
TIba-tiba Angah dapat call daripada kampus.
Dia perlu hadir mesyuarat pada pukul 5 petang.
Aduh......nak tak nak kami terpaksa pulangkan semula Angah ke kolej.
Sedihnya hati kerana cuma beberapa jam je dapat bersama Angah.
Niat hati nak bertolak malam tapi terpaksa dibatalkan......

OTW balik Johor kami singgah makan di Muaazam Shah.
Alamak, masakannya pedas sangat.
Anak-anak ibu ni tak tahan pedas....

Malam baru kami tiba di Muar setelah menempuh perjalanan lebih kurang 4 jam.....

p/s:
Blog 4fn1mf-family masih tiada jalan penyelesaian...sedih sangat-sangat...

Ahad, 2 Mac 2014

Membawa diri ke Melaka

Masih dalam mood sedih.
Lebih sedih bila ibu "terdelete" semua komen rakan-rakan.
Huwaaaa....rasa nak meranung.
Ibu belum dapat biasakan diri dengan blog baru nie..
Mohon maaf kepada rakan-rakan yang telah meniggalkan komen..
Segalanya berlaku tanpa ibu sengajakan...STRESS!!!!!!!

Baiklah, kita lupakan "Tragedi di Bulan Mac".
Hidup perlu diteruskan.......huhuhu....

Kebelakangan ni ayah mula sibuk dan outstation kerana isu PBS.
Ibu dan anak-anak dah terbiasa dengan kesibukan ayah.
Hari Khamis lepas ibu dan 3F ke Melaka.
Tujuan utama nak jemput Along di Utem.
Singgah di Tesco. 4F tanpa Angah.

Singgah makan malam di sini.
 Along dan Beby makan mee szlling, Naurah nasi ayam dan ibu cuma alas perut dengan kuew tiew sup.

Farouk dengan western food dia.

Malam baru kami bertolak balik ke Muar dan awal paginya
bertolak ke Kuantan untuk menjengok Angah pula....
Dan petang Ahad ibu terpaksa pulangkan Along semla ke UTeM.
Sayu dan sedih tak perlu ibu ceritakan.
Apa nak buatkan, demi masa depan ibu perlu berkorban....
 Kiri kanan ibu lihat rumput semakin kering...
Panas mencengkam...

Mula nak berdrama.
Itulah Along.
Ibu dah masak sangat dengan perangai manja dia.
Selamat tinggal Along, jaga diri, jaga akhlak, belajar rajin-rajin..
Ibu, ayah dan adik-adik sentiasa doakan kejayaan Along.
Along merupakan pembakar semangat adik-adik untuk berjaya......


Tragedi di Bulan Mac

Salam  rakan-rakan blog ibu 4fn1mf-Family.
Kisah duka bermula semalam bila tiba-tiba blog kesayangan merangkap 
dairy ibu telah "terkunci"tanpa punca.
Tiada apa yang mampu ibu lakukan selain memohon kerjasama rakan blogger ibu Bee dan Hanie
yang mahir untuk membantu menyelesaikan masalah ibu.
Setakat ini ibu perlu bersabar menanti keputusan blog ibu itu.
Terlalu banyak catatan kenangan di situ.
Terlalu banyak kenangan pahit manis tercatat di dairy ibu.
Apakan daya ibu............sedih teramat ibu rasa...
Untuk sementara ibu beralih ke dalam blog ini bagi mencatat dairy kami sekeluarga...
Blog KELUARGA 5F.

Moga rakan-rakan lama blog ibu terus bertandan ke sini.......

p/s: Ibu juga memohon agar rakan-rakan tinggalkan link di sini....