Tabung 5F

Memaparkan Dairy Keluarga 5F
Memaparkan catatan dengan label kisah ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah ibu. Papar semua catatan

Selasa, 4 Mac 2014

Blog 4fn1mf-Family Dah Sihat.

Rasa sangat-sangat gembira bila pagi-pagi buka url blog kesayangan ibu
sudah pulih seperti sedia kala.
Tak terucap dengan kata-kata.
Rasa amat-amat bersyukur.....Terlalu banyak kenangan
catatan family ibu.
Maklumlah dah 5 tahun ibu buat catatan di sini....
Rupanya blog ibu kena block oleh google kerana "sakit" diserang virus malware..
Itu pun di atas usaha seorang rakan ibu yang sangat mahir dalam bidang ICT, En Azad.
Maunya tak mahir, beliau pemegang degree dalam bidang ICT dari USM.....
Terima kasih banyak-banyak Azad kerana sudi membantu akak.
Juga tidak lupa pada Pn Bee yang juga sama-sama membantu ibu tanpa mengeluh.
TQSM dear...Beelah yang banyak membantu ibu dalam dunia blog.
Blog ibu yang cantik jelita ni pun hasil sentuhan Bee tanpa apa-apa imbuhan.

Juga terima kasih kepada rakan-rakan blog yang
tidak putus-putus bertandan ke blog "baru" ibu yang
sangat-sangat sempoi ni.
 Memberi ibu sokongan dan dorongan tanpa jemu.
Kalian rakan yang paling best in the world......

Hanya Allah yang mempu membalas budi kalian semua.....
So bolehlah kembali ke blog ibu di sana ye.

Ahad, 2 Mac 2014

Tragedi di Bulan Mac

Salam  rakan-rakan blog ibu 4fn1mf-Family.
Kisah duka bermula semalam bila tiba-tiba blog kesayangan merangkap 
dairy ibu telah "terkunci"tanpa punca.
Tiada apa yang mampu ibu lakukan selain memohon kerjasama rakan blogger ibu Bee dan Hanie
yang mahir untuk membantu menyelesaikan masalah ibu.
Setakat ini ibu perlu bersabar menanti keputusan blog ibu itu.
Terlalu banyak catatan kenangan di situ.
Terlalu banyak kenangan pahit manis tercatat di dairy ibu.
Apakan daya ibu............sedih teramat ibu rasa...
Untuk sementara ibu beralih ke dalam blog ini bagi mencatat dairy kami sekeluarga...
Blog KELUARGA 5F.

Moga rakan-rakan lama blog ibu terus bertandan ke sini.......

p/s: Ibu juga memohon agar rakan-rakan tinggalkan link di sini....