Tabung 5F

Memaparkan Dairy Keluarga 5F

Isnin, 3 Mac 2014

Seharian Di Kuantan

Hujung minggu dihabiskan dengan aktiviti bersama keluarga setelah seminggu sibuk
dengan tugas-tugas di sekolah.
Awal pagi Jumaat kami bertolak ke Kuantan yang mengambil masa 3-4 jam.
Demi anak tersayang keletihan dan kepenatan tidak terasa.....

 Kuantan, kami datanggggg.....
Tiba di Kuantan kami terus jemput angah di UiTM dan terus ke ECM Kuantan.

 
 Sampai di ECM sesi isi perut dulu.
Kami makan kat Jonny's restaurant sebab kat situ pasti
5F tak banyak songeh.
Mungkin makanan kat situ boleh tahan sedap.....

Selesai mengisi perut macam biasalah 4F ni nak bershopping.
Hobi yang diwarisi daripada ibu.
 Bukan main seronok 4F bershopping dan Farouk jadi tukang bawa barang.....
Berpeluh ibu tengokkan mereka ni.
Angah beli kasut 2 pasang, Along pun nak kasut jugak.....aduyaiiii......


 Selesai JJCM dan shopping kami terus ke Telok Chempedak yang terletak lebih
kurang 24km dari kolej angah.
5F bersatu seketika.
Bahagia tengok gelagat mereka berlima.

4F.
Budak kecewa sebab tak boleh mandi.
Kebetulan masa kami sampai, angin sedang bertiup kuat dan air pasang.
Bendera "merah" tanda amaran bahaya dinaikkan.......

Melepaskan kekecewaan Farouk.....

Menyepat je Beby tempah gelang.
TIba-tiba Angah dapat call daripada kampus.
Dia perlu hadir mesyuarat pada pukul 5 petang.
Aduh......nak tak nak kami terpaksa pulangkan semula Angah ke kolej.
Sedihnya hati kerana cuma beberapa jam je dapat bersama Angah.
Niat hati nak bertolak malam tapi terpaksa dibatalkan......

OTW balik Johor kami singgah makan di Muaazam Shah.
Alamak, masakannya pedas sangat.
Anak-anak ibu ni tak tahan pedas....

Malam baru kami tiba di Muar setelah menempuh perjalanan lebih kurang 4 jam.....

p/s:
Blog 4fn1mf-family masih tiada jalan penyelesaian...sedih sangat-sangat...

5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Seronoknya bersama2 menjalani aktiviti... :)

NzA berkata...

to kakcik
saat yg plg indah bila bersama org2 trsyg....

mamaarifakeemaisy berkata...

Best trngok bila semuanya berkumpul.. meriah anak2 akak :-)

Hrp ada rezki, ada ramai anak mcm akak :-)
* alaaa tumpang rasa sedih psl blog tuuu..huu...

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...

alahaiiii..sedihnya kak nza psl blog tuh..actually kalau awal2 ada save back-up blog mungkin leh diselamatkan lagi sbb kite leh upload balik entry2 lama kite tuh..tp saya pon dah lama tak buat..tgk blog kak nza kna mcm ni baru rasa nk save balik tkt terkena benda sama kan..huhuhuhu

apepon, tumpang seronok tgk 5F dpt berkumpul sama2 walaupon sekejap aje..=)

Puan Kutu berkata...

dpt jumpa sekejap pun jadilah..melepas rindu..ni pun best dpt makan2 hirup udara teluk cempedak lagi